Apr

15

Azlisham & Azanin : Jilid I

Oleh zamdee

Orait, kali ni mari kita ke majlis perkahwinan Azlisham & Azanin yang berlangsung di Kem Briged Tengah PGA, Cheras. Majlis nie berlangsung pada waktu malam & dalam cuaca hujan renyai.

Mungkin agak bertuah sebab hujan renyai tidak disertakan dengan angin yang kuat. Kalau tak, mesti air hujan tempias masuk dalam dewan.

Mereka yang terlibat dalam membuat cup cake untuk majlis nie. Aku tak sempat rasa pun tapi nampak macam sedap jer.





Pasangan Azlisham & Azanin diiringi oleh polis pengiring untuk memudahkan perjalanan. KL memang tak boleh hujan, mesti jalan sesak. Aku bergerak dari Shah Alam ke tempat majlis, ambil masa 2 jam setengah.

Aku memang kagum pada sesiapa yang menghias dewan nie sampai boleh jadik berseri. Susun atur sangat kemas.


Masih lagi mampu memberi senyuman walaupun air mata bergenang di kelopak mata.



Guru mengaji Azlisham semasa kecik. Jauh datang, dari Pulau Pinang.

Kalau dah ramai, suasana memang akan ceria.


Sebahagian dari keluarga besar Azlisham.

Orait, nanti sambung sessi outdoor Azlisham & Azanin, menarikkk!!

Leave a comment