Hasril & Hazwani : Jilid I
Rasa macam baru jer Hazwani & Hasril bertunang. Samada masa makin pantas atau aku makin sibuk?? Hazwani ni, sebenar nyer ialah adik kepada Khairil yang baru jer selesai majlis perkahwinan. Jadi, sekali lagi aku dapat majlis dengan pelamin yang besar, aku suka.
Majlis pernikahan berlangsung di masjid kawasan Kanchong Darat, Banting, Selangor dalam keadaan cuaca hujan renyai.

Jurunikah nie, memang pandai buat kelakar.


Dengan senyuman, Hasril terima surat nikah sementara. Selesa nak berbulan madu nanti.



Hafiz, merupakan abang sulung Hazwani dan merangkap wali pada majlis itu.


Mari layan gambar wajib.



Malam tuh, terus ada majlis berinai. Aku langsungkan skali gambar nyer kat sini.




Malam berinai, agak berani nak cover dua pengantin tapi untuk majlis persandingan, ada photog lain akan hadir untuk pasangan Khairil & Suhaida.


Ramai yang tak tau, rupanya Khairil & Hazwani ada bakat terpendam dalam bidang nyanyian.

Tak ingat Khairil nyanyi lagu apa tapi lagu Matahari – Agnes Monica menjadi pilihan Hazwani.

Selepas majlis persandingan Hasril & Hazwani, nanti kita layan sessi outdoor di pantai berhampiran yer.
Leave a comment