Cukur Jambul : Intan Aish Insyirah
Berehat sebentar dari gambar perkahwinan, ehehe. Ini majlis cukur jambul anak sulung aku, nama Intan Aish Insyirah kat rumah atuk nyer, di Setiawan Perak.
Persiapan nyer, mcm anak aku nie nak kena pinang. Bukan main teruja lagi isteri aku. Kalau ikut aku, Aish Insyirah cucu perempuan yang pertama & ikut isteri pulak, cucu yang pertama. Haih, rasa mcm kena timang tinggi jer Aish nie nanti.



Sebelum majlis, Aish Insyirah layan tido dulu. Kasihan, muka bercapuk sbb kena gigit nyamuk.


Dah bangun & dah pakai baju cantik. Jenuh carik baju nie wa cakap lu. Sampai senget mulut aku menahan kesabaran, ahaha.

Isteri saya yang tercinta, Intan Maszlin, ehem ehem.

Aish Insyirah sempat lagi tido, lama sgt tunggu marhaban.

Okeh, mari mula. Muka blur + nak nangis.


Kan dah kata, melalak jugak akhir nyer.

Emak ku.

Ibu mertua ku.

Pak mertua ku.

Bapak ku?? Sudah kembali ke pangkuan Pencipta.


Hah, masuk buai jer, terus diam. Bagus nyer Aish Insyirah.


Memang sukar skek nak ajak pak mertua ku nie bergambar.


Keesokan hari nyer. Masa untuk menggondolkan kepala Aish Insyirah. Aku memang tak berani nak buat, sib bek kat sana memang ada orang yg berkelayakan.


‘Waaaaaaaaaaaaaaaa, mana rambut saya??!!’

Dah penat nangis, tido jugak yang best.

* Terima kasih kepada En Amree kerana mengambil sebahagian dari gambar-gambar diatas *
Leave a comment