Oleh zamdee
Last week, disebabkan wife pegi camping kat BTN, aku pun ngajak member pegi jalan-jalan carik gmbr kat Bukit Bintang. Aku memang dah sgt lama tak pegi Bukit Bintang. Jadi masa nak pegi sana, terfikir jugak aku apa gmbr yg nak aku carik. Kang tembak rambang jer, rasa bosan. Jumpa mmbr kat Keramat & dia ckp kat Bukit Bintang, ada tarikan baru.
Shuffle! Gitu ler nama diberi tarikan baru tuh. Bahasa terjemahan aku mudah iaitu bermaksud menari, hehe.
Gambar dari stesen Monorail yang berhampiran. Sesak! Itu yg aku boleh gambarkan. Memandang hari cuti hujung minggu, tempat nie mmg dipenuhi dengan remaja dari semua lapisan umur tp majoriti nyer remaja Melayu, termasuk aku dan polis trafik. Syabas!
Sempat juga berkenalan dengan 2 orang photog dari Harian Metro masa kat atas nie. Dan terus bergerak secara berkumpulan dgn diorang.

Seni itu abstrak. Tidak aku nafikan tp perlakuan dr aksi org yg menyampaikan seni itu, kadang kala membuatkan segelintir orang memandang seni sebagai salah satu cabang kepada kerosakan. Macam bersilat pun ader gaya mamat nie buat Shuffle, huhu. Ataupun aksi kuntau, ahaks.

Diowang nie, memula agak kurang mesra kamera, tarian Shuffle terhenti seketika bila aku hampiri kelompok diowang nie.Lama aku tunggu, tak gak ader yg nak start. Ok, aku nekad. RM10 untuk sekali Shuffle. Nah, baru ler riuh. Dan hasil nyer adalah seperti dibawah.
This movie requires Flash Player 9
.
.
Dan selepas itu, memang tak menjadi masalah bagi aku utk rakam aksi diowang, tak kira kelompok.
.
Budaya Shuffle nie, bukan sajer melanda manusia yang normal, yang tak normal pun kena tempias jugak. Cuma beza nyer, orang normal buat di kaki lima. Yang tidak normal memilih jalan raya untuk beraksi, Impak Maksima habis, hahaha.
.

Selain dr Shuffle, ader juga jenis tarian yg lain. Macam kat bawah nie, aku tak tau apa nama tarian ni. Dulu masa aku tgk video clip Too Phat, ramai penari nyer, bawak tarian mcm nie.


Peringkat umur yg bawak tarian ni, lebih kepada 18 tahun ke atas. Tidak seperti Shuffle, yg aku rasa, rata2 nyer masih lagi berseluar hijau.
Lepas selesai melayan Shuffle, bergerak ke Pavillion, cuci mata, eeeee.


Cuci mata tgk lampu jer, hehehe!
Oleh zamdee
Sempena cuti umum perayaaan Deepavali, aku & keluarga pergi berjalan2 meluaskan permandangan, hehe. Memula, kitowang pegi Bekok, Johor. Aku 1st time jugak dgr nama Bekok nie, hehe. Tujuan ke sini adalah untuk menghantar rombongan pengantin sepupu, Nadia nama nyer. Mmg panas seh Bekok, melekit.
Kalau dari cerita org situ, majlis persandingan di Johor nie, mesti kena langsung pukul 2 jugak. Tak boleh nak cepat & apa lagi nak lambat. So kitowang duk ler melepak kat rumah berdekatan dalam keadaan memasing ambil apa juga brg yg boleh dijadikan kipas, fuh.

Sehari sebelum majlis di Bekok, kitorang ronda kat Tangkak. Kira nyer, kat sini boleh lah dpt brg dgn harga yg murah. Barang nyer terdiri dari jenis yg mmg boleh buat menyemak jer kat rumah, ahaks.
Dari Bekok nak ke Tangkak, lebih kurang 30 minit jek. Memandangkan Bekok xde tpt menarik kecuali air terjun, itu sbb kitowang pegi Tangkak. Berjalan sambil bershoping, mmg dah jd lumrah, huhu.





Haaa, dan selepas majlis di Bekok, aku & wife pun pegi pulak kat Melaka. Cuma kitowang berdua jek, ehem ehem. Melaka mmg sesak, hari cuti, biasa ler tuh.
Sampai Melaka dah senja. Malam baru pusing kat kawasan bandar. Terkejut gak aku, area bandar dah macam2 ada. Salah satu nyer, Menara Taming Sari. Nak naik, tiket RM10. Berada dalam roda selama 7 minit. Roda tuh akan pusing kat atas, so bolehlah tengok sekitar bandar Melaka dari atas.

Esok nyer, baru ler pusing sampai lengit kat bandar.


Al-maklum ler, disebabkan duduk kat area KL/Selangor, kitowang berdua agak jakun ar skek bila nampak beca, hehe. So, apa lagi, naik ler beca pusing2 bandar Melaka, RM10 sorang.
Beca skang mmg canggih, dah ader hiasan. Dan kebanyakkan beca dah ader radio dan juga ditaja oleh syarikat komunikasi tempatan. Rezeki memasing.


Hah, ini gmbr dari dalam roda Menara Taming Sari. Boleh lihat Dataran Pahlawan.

Oh yer, kecuali gambar pengantin Nadia & pasangan, semua gambar di ambil menggunakan Nikon D60 dgn kit lens VR nyer. Menarik jugak Nikon D60 nie, mmg sesuai untuk mereka yg nak belajar menggunakan DSLR. Nikon D60 nie, kegunaan untuk adik ipar, kira aku test ler dulu sebelum bertukar tgn. Bukan aper, senang nak ajar dia mcm mana nak guna Nikon D60 nie, hehe.
Oleh zamdee
Majlis pernikahan Shaizwan & Siti Farhana berlangsung kat Jenjarum, 2 minggu lepas. Kat mana Jenjarum?? Jenjarum nie berada dalam kawasan Banting, Selangor, 20 minit dari Klang.

Majlis pernikahan berlangsung di masjid yang berdekatan, selepas waktu Zohor.



Dan majlis seterusnya, telah berlangsung di rumah Siti Farhana.

Aku tak pernah lagi guna teknik Creative Lighting System (CLS) kat gmbr pengantin. Ini kira first time ler aku try. Erm, menarik juga hasil nyer.
Kalau tgk kat gmbr geng photog yg lain, diorang slalu guna CLS masa outdoor di waktu kala senja. Lagi 2 minggu ader shot kat Kuala Terengganu, boleh ler aku ngajak pengantin buat outdoor kat tepi pantai di kala senja. Mesti syok, hehe.

Oleh zamdee
This movie requires Flash Player 9
.
Ini custom design utk pasangan Salman & Halilah. Sudah dimiliki oleh mereka pada bulan Ramadhan 1429 Hijrah. Design begini adalah di atas permintaan mereka sendiri. Semoga Salman & Halilah berbahagia hingga ke akhir hayat.
Oleh zamdee
Majlis sambutan hari lahir yang ke-3 untuk Adam Harris nie, diadakan di KizSports & Gym, Great Eastern Mall, Jalan Ampang. Ok jugak tpt cenggini nak buat majlis hari lahir, selesa + kanak-kanak boleh bersuka ria. Mak dan bapak budak pun, boleh jugak bersuka ria, hehe.

Inilah dia, Adam Harris.


Memang teruja tpt nie, lihat gmbr dibawah. Nanti ader anak, nak bawak ke sini jugak lah, boleh aku tumpang sekali, hehe.


Ader team yg akan buat games untuk kanak-kanak yg dtg. Ini hanya untuk tempahan sambutan hari lahir jer. Kalau ikut dr jadual, 30 minit diperuntukan untuk games nie. Dapatlah bebudak nie enjoy utk 3 jenis games.




Dah penat layan games, masa untuk makan.

Satu lagu untuk Adam Harris!! Yeay!!

Adam dah keletihan untuk senyum. Takpe Adam, papa & mama dah berikan senyuman yg menawan.
